Jumaat, 13 Februari 2015

Jatuh cinta ❤ dorongan nafsu atau anugerah Allah?

     Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Selamat pagi yang hampir kepada tengahati. Opsss tengahari. Hahaha. Hadui macam la keyboard aku rosak takde button backspace. K lantak dan abaikan. Ok intro yang agak merepek.

     Tengok tajuk pun kita boleh agak kan yang penulis sedang jatuh cinta. Hatinya goyah. Huu wau. Goyah sebab apa? Sebab konpius laa dik. Konpius sebab apa? Haa meh sini nak cerita sikit ni.

     Cerita start 4 tahun lepas kot. Berpanjangan sehingga lah ke hari ini. Sangat sadis. Masuk kelas masa form1 dah jatuh hati. Haduuhh parah parah. Tapi aku diam je. Sebab si lelaki tu, Abu (bukan nama sebenar) dia ramai peminat. Kebetulan pulak birthday Abu dengan aku ni sebelah sebelah je. Jadi semua rakan rakan sekelas menjodohkan aku dengan Abu. Aku diam je buat dek je la. Abu pun diam je. Sebab Abu ni setiap tahun tukar awek. Aku tak pernah la tersenarai. Haha. Mesti korang rasa meluat kan sebab baru form 1 dah nak cinta cintun euww. Ha ye aku pun geli jugak sebenarnya. Tapi benda ni berterusan sampai form 4. Tarraa.

     Kita terus melompat ke form 4 sebab form 2 dan form 3 takde cerita menarik untuk di kongsikan pasal Abu ni. Masuk form 4, cerita harus lebih serius! Huh! Aku makin matang. Dan ada ustazah aku pesan 'cari jodoh bermula sekarang. kalau dah suka doa aje. Kalau takde calon, mintak Allah bagi yang baik baik' haha and i was like -_-  jujur lah . Sepanjang 4 tahun aku taruh hati kat Abu ni, sekali pun tak pernah la nak sebut nama dia dalam doa aku. Walhalkan lepas ustazah tu pesan pun buat selamba je, mcm takde usaha aku nak si Abu tu. Masuk form 5 cerita semakin berantakan.

     Aku diuji. Abu suka kawan baik aku. Perghh memang pedih wei pedih gila. Allah je yang tahu betapa frust nye aku. Memang masa tu rasa mcm anti gila lah dekat kawan baik aku tu ! Rasa mcm eii apesal lah aku kawan dengan dia ! Tapi, ada hikmahnya. Serious. Aku nampak hikmahnyaa. Sebab aku dah tahu perangai sebenar Abu ni. Abu ni pandai, bukan tak pandai. Tapi bab perempuan dia fail. Dia ni jenis yg kalau dah sayang, semua nya perfect. Ye la, dia kan suka kawan baik aku tu, Fatimah. Jadi, apa yang Fatimah buat, semua nyaaa baik. Yang salahnya orang sekeliling Fatimah tu. Haa aku lah tu. Abu ni umpama nak suruh aku sanjung Fatimah, jaga Fatimah. Amboi dia ingat aku tak reti jaga kawan ke. Fatimah salah sikit aku yang kena. Hishhh. Dia ingat Fatimah tu sapa. Tak pernah buat salah ke. Sedih tau kena mcm ni.

     Lagi satu yang buat sedih ialah, bila aku dah boleh terima Abu ni sebagai kawan biasa. Haish ade je lagi benda yang buat aku sakit hati sangat². Satu masa tu Abu ada pergolakan dengan Fatimah. Abu sedih sgt. Dia mintak tolong aku. Aku pun tolong lah. Bagi nasihat. Bagi semangat semua tu. Pastu dia cakap kat aku, aku lah kawan dia yang paling baik. Tapi bila dia dah berbaik dgn Fatimah, Abu senyap. Senyap je. Suatu hari tu Abu kembali bertanya khabar dgn aku. Baik sgt dia masa tu. rupanya, dia mintak tolong aku buatkan kerja dia. Kerja tu kena print, dia kata laptop dia rosak.aku tolong lah. Sebab kerja tu perlu hantar esok. Lepas Abu dah dapat kerja dia, dia cakap terima kasih pastu diaaa menghilang. Bukan lah menghilang sgt pun, kami still sekelas tapi Abu ni dia mcm anggap aku wujud tak wujud. Jujur, aku benci orang yang cari aku bila susah. Lupakan aku bila senang. Sebab aku pernah mintak tolong kat Abu. Abu kata 'entah kau' . Hmm sedih tak terkata. Sejak tu aku benci sgt kat Abu. Aku benci perangai dia. Orang lain pun ada kesayangan. Tapi takde la sampai tak nampak orang lain. Abu ni mcm batak sgt dgn perasaan dia umpama dalam dunia ni just dia je yang di kurniakan perasaan. Hishh.

     Bila aku dah start rasa meluat dan menyampah dgn Abu ni, aku mula lah terfikir, kenapa Allah bagi aku perasaan suka kat Abu kalau akhirnya takdir tertulis aku akan benci dekat Abu? Fikir punya fikir. Aku dah tahu. Allah dtg kan perasaan selama bertahun tahun ni sebab nak uji aku. Atau nak ingatkan aku, yang aku duk sibuk kejar cinta manusia, aku lupakan cinta Allah. Ye, aku lalai. Aku bersyukur sgt. Walaupun hati aku ni dah terguris terhiris terkeris dan sebagainyaa, aku bersyukur. Sebab ada sesuatu Allah nak tunjukkan kat aku. Dan aku dah nampak dah ☺ .

     Oh ye, cerita tak berakhir kat Abu. Masa akhir tahun lepas, kami ada kem. Dan satu musibah menimpa kami. Musibah apa tak yah cakap pun tak pe la kan. Dan masa tu, aku jaga diri sendiri. Fatimah salah satu mangsa. Aku nampak, nampak sgt yang Abu sgt concern kat Fatimah. Dia jaga Fatimah elok elok. Dia nampak risau sgt dgn Fatimah. Aku sedih memang sedih tapi aku kuat sebab aku perbetulkan niat aku. Dtg kem nak tuntut ilmu dan nak cari valuable experinece tu. Jadi aku rasa rugilah orang yang dtg kem semata nak bersweet a.k.a bermaksiat. Tapi, mcm orang cakap, bila Allah hilangkan matahari sekejap, Allah nak bagi kita pelangi. Kan? Mcm tu jugak aku sedih tgk Abu dgn Fatimah, time tu aku jatuh cinta kat ketua aku, Ali. Hadui. Aku pelik, haduii asal time mcm ni lah nak jatuh hati. Kenapa tak dari dulu je. Bukannya aku baru nampak Ali tu. Mungkin sebab aku tgk cara dia jaga kami sebagai anak buah dia. Cara dia selesaikan masalah. Hmm. Dulu masa form 3 aku duk gelakkan kawan aku sebab dia suka Ali. Aku pelik apa yg dia pandang kat Ali. Ali tu dah la skema ! Haha. Ali ni alim sikit. Sopan santun. Dulu masa aku jumpa dia mesti aku 'yek' . Sebab dia ni lembut. Dia pun pelik apesal aku 'yek' kan dia. Tapi dia tak lah pondan. Dia just sopan santun. Ecehh. Minggu lepas aku pergi satu pondok dekat sekolah aku ni. Crowded sgt. Aku pun makan lah berdiri. Takde tempat duduk pun. Sebab penuh dgn beg. Aku nampak Ali, aku terus campak satu beg, aku duduk dan makan. (Sopan kononnya) Hahaha. Apa apa pun, dia selalu ada dalam doa aku ☺ . So, the conclusion is, cintakan Allah. Dan cintakan manusia kerana Allah.

     Abaikan Abu. Ikhlas berkawan dgn Fatimah. Dan usya Ali (eh takde la gurau je) haha. Memang hidup ni tak lari dari kesedihan. Tapi kebahagian pun tak pernah tinggalkan kita. When life gets too hard to stand, make a good story. And be the hero. It's your story anyway.
Ok, dah pun tengahari.

Salam Sayang ��

Ahad, 1 Februari 2015

Salam Perkenalan✌

Hai. Assalamualaikum.

     1 feb 2015. Terdetik kat hati nak berblog. Haha gedik je nak berblog. Blog ni zaman baharik je kot. Hahaa lantak la k lantak. Yang penting, aku buat blog ni sebab nak share cerita cerita pasal hidup aku. Cerita yang mungkin kurang menarik. Tapi takpe. Yang baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan. Eh sepadan ke sempadan ntah. Haha sempadan is better kot. Kot? Haha takpe la. kita jalani hidup kita ni atas muka bumi Allah sebagai khalifah tak pernah putus belajar kan? Tak kisah berapa umur kalian kalian semua, duoploh ke belas belas ke bulan bulan ke tak kisah la, walhal ratus ratus tahun pun, kita masih, masih dalam proses belajar untuk jadi lebih baik. Ye dak? Nobody perfect la katakan. Jadi, apabila menyedari diri ni terlalu banyakk kurangnyaaa (baca dengan nada sayu merentap jiwa), kita harus sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari semalam kerana kita tak mampu jadi yang perfect tu. Hahaha. Bosan sungguh ye entry aku. Takde perenggan, continuos. Hahaha. First try. Di maafkan lah. Haha melalut yang berpanjangan. Ok sekarang terasa nak buat perenggan.

     Haaaa ! Perenggan ! Hahaha maaf para pembaca. Opss itupun kalau blog ni ada pembaca lerr. Kalau ada, terima kasih la yang membaca tu . Blog ni jarang di update sebab tahun ni aku SPM seram sikit. Seperti yang anda semua tahu, tahun lepas soalan SPM kbat belaka. Haha jadi apatah lagi tahun ini. Konklusinya, haruslah aku struggle awal awal tahun mcm ni. Cause SPM is not like PMR. doakan aku. Haha ok. Teringat soalan Math SPM tahun lepas. Budak budak dok tweet merungut soalan matematik merepek! Haha kbat nak menjawab, kbat lagi otak si pembuat soalan. Haha ayuh buat kempen I ❤ KPM.

Haha okayy. Salam sayang